Thursday 18 February 2016

Laman Blog Rasmi PIBG SK Asyakirin Berpindah

Laman Web Rasmi SK Asyakirin Bintulu Sarawak
Laman Blog Rasmi PIBG SK Asyakirin telah diwujudkan pada tahun 2013 dan merupakan tapak maya bagi mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti sekolah dan aktiviti PIBG. Bermula tahun 2016, Laman Blog Rasmi PIBG Sk Asyakirin berpindah dan guna sama bersama Laman Web Rasmi SK Asyakirin dalam satu projek usahasama PIBG-Pihak Sekolah SK Asyakirin. Sila klik pada link di atas untuk mendapatkan semua maklumat mengenai sekolah dan PIBG mulai tahun 2016. 

Sunday 13 September 2015

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 SK Asyakirin

Calon-calon UPSR SK Asyakirin khusyuk mendengar tips yang diberikan oleh Cikgu Wee dan Cikgu Dayang Norasmah untuk menjawab soalan


Guru-guru Tahun Enam yang turun bersama-sama memberi sokongan kepada semua calon
YDP PIBG, Encik Johan turut hadir pada hari Khamis (10 Oktober) untuk memberikan kata-kata perangsang kepada calon-calon UPSR

Antara ibu bapa yang hadir untuk menemani anak-anak

Terima kasih diucapkan kepada Encik Johan atas kesudian meluangkan masa bersama calon-calon UPSR SK Asyakirin
UPSR yang telah berlangsung bermula 8 hingga 10 Oktober 2015 telah pun melabuhkan tirainya. Seramai 185 calon yang telah menduduki UPSR di SK Asyakirin. Kini, hanya keputusan yang dinanti-nantikan oleh murid-murid, guru dan ibu bapa. Setiap individu telah memainkan peranannya dan apa jua keputusan nanti perlu diterima dengan hati terbuka. Semoga SK Asyakirin memperoleh keputusan yang lebih baik daripada tahun-tahun lepas. Semoga titipan doa akan berterusan hingga keputusan diperolehi.

Sunday 6 September 2015

PROJEK MEMASANG SILIKON PADA TINGKAP BILIK DARJAH BERSAMA KSIB PIBG 2015

Tarikh : 18 April 2015
Masa  : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik-bilik darjah Tahun Satu hingga Tahun Enam


Taklimat program oleh YDP PIBG, Encik Johan Ismail

Sesi pendaftaran (ibu bapa dan guru)

Encik Johan dibantu bapa murid PPKI sedang menyediakan peralatan untuk aktiviti

Aktiviti memasang silikon pada tingkap

Kaum ibu turut datang membantu


Cikgu Sharifah Salmah bersama ahli KSIB dan ibu bapa
Murid-murid turut tidak melepaskan peluang untuk membantu (3 Intan)


Cikgu Monica di kelas 6 Intan


Encik Johan dan MK, Encik Jabli


Program berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Walaupun begitu, terdapat ibu bapa dan guru yang masih meneruskan pemasangan silikon di kelas-kelas lain. Tahniah kepada KSIB PIBG kerana berjaya menganjurkan program sebegini yang pastinya memberikan manfaat kepada seluruh warga SK Asyakirin terutamanya dalam hal keselamatan. Terima kasih kepada semua yang hadir menyumbang tenaga dan masa demi keselamatan warga SK Asyakiri. Syabas!

Saturday 5 September 2015

JADUAL WAKTU UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 2015


Semoga semua calon UPSR SK Asyakirin 2015 dapat menghadapinya dengan tabah dan bersungguh-sungguh ketika menjawab soalan. Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan calon-calon UPSR SK Asyakirin. Semoga prestasi pada tahun 2015 akan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Monday 10 August 2015

Majlis Semekar Budi Sejambak Memori SK Asyakirin

Guru Besar yang diraikan En. Senusi bin Haji Shahrani
Satu program bersejarah iaitu Majlis Semekar Budi Sejambak Memori SK Asyakirin telah diadakan pada 7 Ogos 2015. Majlis ini meraikan persaraan Guru besar yang dikasihi iaitu En. Senusi bin Haji Shahrani, yang telah mencapai umur 60 tahun. Program yang pertama seumpama ini telah  dijalankan dengan penuh meriah.  Beliau tiba di perkarangan sekolah disambut murid, guru dan ibu bapa, di mana beliau dibawa masuk ke sekolah menggunakan kereta berhias.

En. Senusi diusung dengan kereta berhias
En. Senusi mengisi kehadiran buat kali terakhir
Pentas dengan tempat duduk khas untuk guru besar
Amanat akhir Guru Besar
Guru Besar Bersama YDP, NYDP dan Bendahari Kehormat PIBG SK Asyakirin
PIBG bersama Penolong Kanan
Sesi Bersalaman
Meraikan Hari Lahir bersama Guru dan Staf
Majlis diisi dengan ucapan penghargaan daripada pihak sekolah, wakil dan PIBG. En. Senusi turut memberi amanat akhir beliau kepada semua hadirin, khas ditujukan kepada warga pendidik, ibu bapa dan juga murid. Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman dengan semua hadirin.  PIBG SK Asyakirin mengucapkan Selamat Persaraan dan Selamat Maju Jaya kepada En. Senusi bin Haji Shahrani.  

Friday 17 April 2015

MESYUARAT PIBG SESI 2015-2017 BIL.1

Tarikh: 11 April 2015

Masa: 10.00 pagi

Tempat: Perpustakaan SK Asyakirin

Agenda: 1. Ucapan YDP
              2. Ucapan Guru Besar
              3. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.8 2013/2015
              4. Pengagihan tugas AJK PIBG
              5. Isu-isu
                  - projek memasang silikon pada cermin tingkap
                  - perjumpaan bersama pihak pengurusan keselamatan, kebersihan dan kantin
                  - projek bilik kelas ceria dan kondusif
                  - pameran sempena Hari Guru

Ucapan alu-aluan oleh YDP, Encik Johan Ismail
Antara EXCO PIBG yang dapat hadir pada mesyuarat tersebut

Pengesahan minit mesyuarat Bil.8 2013/2015


Pihak sekolah mengalu-alukan penglibatan dan kerjasama yang lebih padu daripada PIBG sesi 2015-2017. Semoga projek atau aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin demi kesejahteraan dan kecemerlangan anak-anak kita semua.

Tuesday 14 April 2015

UJIAN PRA UPSR 2015 (TAHUN 6)

PRA UPSR 2 (sekolah) -  14, 15 dan 16 April 2015

PRA UPSR 3 (setara)   -  12, 13 dan 14 Mei 2015

PRA UPSR 4 (setara)   -  21, 22 dan 23 Julai 2015

PRA UPSR 5 (sekolah) - 11, 12 dan 13 Ogos 2015

Prepare for the best, plan for the worst and expect to be surprised.

Printfriendly