Mulai tahun 2014, SK Asyakirin menggunakan sepenuhnya laluan berbumbung sebagai laluan utama ketika memasuki sekolah dan keluar dari sekolah. Inisiatif ini ingin membudayakan amalan yang sistematik semasa waktu datang dan pulang murid di samping meningkatkan keselamatan murid dari melintas jalan dalam kawasan sekolah. Di samping itu juga, ibu bapa dibenarkan untuk menunggu murid di laluan ini namun tidak dibenarkan memasuki kawasan bangunan utama sekolah.
Namun begitu, masih ada ibu bapa yang mengiringi murid mengambil jalan pintas melintas kawasan jalan untuk memasuki kawasan bangunan sekolah. Perkara ini bukan sahaja menjadi satu teladan yang tidak baik kepada anak namun ia akan menimbulkan bahaya kepada anak sendiri apabila anak mereka melintas jalan sendiri apabila ibu bapa tidak ada bersama mereka.
Sebelum ini pihak sekolah ada memasang
pelekat keselamatan untuk menghalang ibu bapa dari memintas laluan berbumbung. Namun, ia tidak kekal lama kerana mudah rosak. Oleh kerana kos untuk membina penghadang yang kukuh dan kekal, PIBG telah membantu sekolah memasang tali yang lebih kukuh sebagai penghadang di
sepanjang tepi laluan berbumbung buat masa ini.
Kerja memasang tali penghadang oleh ibu bapa |