Friday 18 April 2014

The Junior Putra Camp 2014


Penganjur : Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu
Penaja : Tabung Haji Bintulu and Rotary Club Bintulu
Tarikh : 6 hingga 10 April 2014
Hari : Ahad hingga Khamis
Tempat : Universiti Putra Malaysia, UPM Kampus Bintulu Sarawak

Peserta : 1. Aiman Affidhyauddin B. Rodzlan
                 2. Mohd Zaid Zabidi B. Jaini
                 3. Muhammad Khalaf Farhan
                 4. Nurul Aimi Bt. Johan
                 5. Pavenya a/p Balasandran
                 6. Safura Balqis Bt. Azman
                 7. Sylvester Jelanie anak Boda
                 8. Siti Nursuffiah Bt. Mohammed Bulyamin
                 9. Natalie Burai anak Johnical
               10. Furqan B. Hamidi
Guru Pengiring : Puan Syarifah Suhaila Bt. Haji Wan Mohamad
                              Encik Muhammad Safwan B. Sobri
Sekolah Terlibat :1. SK Asyakirin (10 orang)
                               2. SK Agama MIS Bintulu (31 orang)
                               3. SK St. Anthony (4 orang)
                               4. SK Orang Kaya Mohamad (4 orang)
                               5. SK Kampung Jepak (4 orang)
                               6. SK Desa Lavang (4 orang)


Hari Pertama
Pendaftaran 'Little Heroes'.


Pengenalan fasilitator atau 'Heroes'.

Pembahagian kumpulan 'Little Heroes dan Heroes'.


'Heroes' melepaskan kelawar yang terperangkap pada jaring.
Hari Kedua
Sarapan bersama-sama.
Aktiviti 'Secret Lab 1'
Kembara malam 'A thousand night eyes'
Nurul Aimi memegang kelawar. Berani rupanya si Aimi ni!
Safura juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Mimi, si kodok.

Hari Ketiga
Rekreasi pagi ( Fitness for Little Heroes).

Lawatan ke tempat penternakan lembu dan kambing.


Aktiviti 'Abseiling' dan 'Flying Fox' pada sebelah petang.

Hari Keempat
Membuat kostum 'little heroes' daripada bahan terpakai untuk malam penutup.



'Street Art' oleh guru-guru pengiring. Cantik tak?
Pembentangan tentang keselamatan penggunaan internet.
Perbincangan kumpulan

Malam penutup dan perpisahan

'Little Heroes' bersama guru pengiring (SK Asyakirin).

Terima kasih kepada semua fasilitator, pensyarah, guru dan para peserta yang telah menjayakan program ini dengan jayanya. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang dipelajari dapat diamalkan oleh para peserta demi kecemerlangan diri. Harapan kami supaya program ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun seterusnya :)

Thursday 3 April 2014

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Asyakirin Kali Ke 6 Tahun 2014

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sk Asyakirin kali ke enam tahun 2014 telah diadakan pada 15 Mac 2014, Hari Sabtu. Pendaftaran kepada ibu bapa bermula seawal jam 7.45 pagi.  Mesyuarat bermula tepat jam 8.30 am. Mesyuarat pada kali ini turut dihadiri oleh En. Ling King Thiing, Ketua Unit Pembangunan, Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan En. Johan bin Ismail, Yang Di Pertua PIBG SK Asyakirin Sesi 2013/2015, seterusnya oleh En. Senusi bin Haji Shahrani, Guru Besar SK Asyakirin dan En. Ling King Thiing. Seramai 146 ibu bapa dan guru telah hadir dalam mesyuarat kali ini.

Pendaftaran Ibu Bapa
Hadirin Mesyuarat
Dalam ucapan YDP, beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kedatangan Encik Ling King Thiing, Wakil PPD yang sudi menerima jemputan PIBG untuk membantu menjelaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh ibu bapa.  Beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran ibu bapa yang menunjukkan keprihatinan mereka terhadap perkembangan anak mereka di sekolah. Beliau turut memberikan penghargaan dan terima kasih kepada beberapa ahli jawatankuasa yang telah meninggalkan PIBG iaitu Puan Victoria Mujan, En. Semsolbahri bin Bokhari, Puan Suryani binti Dohan dan Puan Saptuyah binti Matali.  Sumbangan mereka semasa dengan PIBG adalah amat dihargai. Dalam pada itu juga, YDP turut mengalu-alukan ahli jawankuasa baharu iaitu En. Shahran bin Napi, En. Zaidi bin Hj Ma'soud, En. Roslan bon Abdul Rahman, Puan Annie Usup, Puan Dewi Laila binti Jerani dan Puan Mariammal A/P Karupiah. Beliau turut memberi penghargaan kepada Ahli Parlimen Bintulu, Dato Seri Tiong King Sing yang menyumbang kepada PIBG SK Asyakirin RM3,500.00, serta Agle Toastmasters Club RM 2,300.00 dan Kilang Kelapa Sawit Lavang RM 500.00.

Ucapan YDP
Ucapan Guru Besar
Ucapan En. Ling King Thiing, PPD
Teks ucapan penuh YDP boleh dimuat turun di SINI.
 
Mesyuarat dipengerusikan oleh YDP dan perjalanan mesyuarat berjalan dengan lancar mengikut agenda mesyuarat.  Mesyuarat telah menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Asyakirin kali ke lima tahun 2012 tanpa sebarang pindaan.  Seterusnya, laporan aktiviti PIBG tahun 2013 telah dibentang oleh Cik Nurhafizah binti Uteh, Setiausaha Kehormat dan laporan diterima. En. Amirulizan bin Hamzah, Naib Bendahari Kehormat telah membentangkan penyata kewangan PIBG tahun 2013 yang telah diaudit. Penyata kewangan tersebut diterima.  Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Program Ceriaton PIBG oleh YDP.  Maklumat lengkap mengenai Program Ceriathon PIBG boleh didapati di SINI.

Pembentangan Penyata Kewangan PIBG oleh Naib Bendahari Kehormat
Perbahasan dan Perbincangan Usul/Cadangan
Mesyuarat diteruskan dengan Pembentangan Usul dan Hal-Hal lain. Berikut adalah keputusan beberapa Usul penting yang menyentuh mengenai perkara kewangan dan keputusan mesyuarat.

Mesyuarat bersetuju dan meluluskan cadangan berikut:
  1. Kadar sumbangan PIBG tahunan dikekalkan pada kadar RM 20.00 sekeluarga pada tahun 2015.  
  2. Kutipan sumbangan tahunan PIBG akan dijalankan oleh Guru Kelas pada Hari Pendaftaran Sekolah bagi Sesi Tahun 2015.
  3. Kutipan khas murid Tahun 6 bagi Karnival UPSR dinaikkan daripada RM 60.00 kepada RM 100.00 dan bayaran terus kepada Guru Kelas. Bayaran boleh diberikan secara berperingkat.
  4. Meluluskan agihan dana kutipan Ceriathon seperti berikut : Projek 3K (60%), PIBG (20%) dan Simpanan Tetap PIBG (20%).
  5. Meluluskan cadangan pengendalian Akaun Simpanan Tetap PIBG (rujuk lampiran).   
  6. Bersetuju dan menyokong permohonan Jalan Alternatif ke SK Asyakirin.
  7. Bersetuju dan menyokong permohonan Pembukaan Pintu Kedua di SK Asyakirin.

Mesyuarat tidak bersetuju dan tidak meluluskan cadangan berikut:
  1. PIBG menampung bayaran pemasangan talian streamyx tambahan dan bayaran bulanan akaun tersebut di SK Asyakirin.
Sila klik SINI untuk meneliti semua Usul/Pertanyaan dan Respon yang telah diberikan. 

Ibu Bapa memberi pandangan
Ibu Bapa memberi pandangan
Ibu Bapa memberi pandangan
Mesyuarat diakhiri dengan ucapan penangguhan YDP PIBG, beliau sekali lagi mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas kehadiran En. Ling, semua ibu bapa dan guru ke mesyuarat tersebut. Beliau turut memohon agar ibu bapa senantiasa meningkatkan sokongan dan kerjasama kepada PIBG dan pihak sekolah demi kepentingan anak dan murid. Pada tahun ini, PIBG akan fokus untuk meningkatkan dana PIBG melalui Kutipan Awam Ceriathon PIBG, melaksanakan projek dan program di bawah Ceriathon dan menggerakkan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB). Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.40 pagi.

Printfriendly