Mengenai SK Asyakirin


SK Asyakirin mula beroperasi tanggal 3 Januari 2005. Sekolah yang berkeluasan 6,987 hektar ini dibina dengan kos belanja sekitar RM25 juta menerusi Rancangan Malaysia ke Lapan (RMK8). Nama sekolah ini iaitu SK Asyakirin diambil bersempena dengan nama Kampung Assyakirin yang terletak kira-kira 8 km dari sekolah. Sekolah ini dibina khas untuk masyarakat sekitar khususnya yang berada di Kampung Assyakirin. Kampung Assyakirin merupakan sebuah penempatan semula dan penduduknya terdiri daripada penduduk dari Kampung Sinung, Kampung Masjid, Kampung Datuk, Sebiew dan sebilangan kecil dari Kampung Dagang. Bagi menampung jumlah kepadatan penduduk yang semakin hari semakin bertambah, maka sekolah ini didirikan bagi memberi  pendidikan yang lengkap untuk anak–anak di sini. Walau bagaimanapun, terdapat juga masyarakat sekitar perumahan yang berdekatan juga turut mengambil peluang menghantar anak mereka bersekolah di sini. 

Antara kemudahan yang disediakan di sekolah ini ialah, 30 buah kelas, sebuah pejabat am (pejabat pentadbiran) di aras 2, sebuah bilik guru , sebuah bilik mesyuarat, sebuah Pusat Sumber, sebuah bilik APD, sebuah bilik Bimbingan & Kaunseling, sebuah bilik komputer, sebuah bilik perkembangan staf, sebuah bilik muzik, sebuah bilik pemulihan, dua buah makmal Sains, sebuah bilik pendidikan seni visual, sebuah stor sukan, sebuah kantin sekolah, sebuah dewan sekolah, sebuah bilik Kemahiran Hidup, sebuah koperasi, sebuah stor am, sebuah bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), sebuah bilik menunggu, sebuah bilik kesihatan dan juga tandas guru serta murid turut disediakan. 

Selain itu, ruang untuk bersukan turut disediakan. Antaranya ialah padang sekolah, gelanggang sepak takraw, dan gelanggang badminton. Dua buah bangunan Pra Sekolah juga didirikan untuk murid-murid pra yang berusia 6 tahun dan sebuah lagi kelas pra diwujudkan di aras bawah bangunan bilik darjah. Had maksimum sebuah kelas pra ialah 25 orang sahaja. Selain itu, dua bangunan flat guru juga didirikan bagi memberi kemudahan penginapan yang selesa kepada guru-guru dan juga kakitangan sokongan sekolah. Ruang aktiviti seperti tapak perhimpunan dan ruang legar juga turut disediakan bagi memudahkan pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti.  

Sekolah mula beroperasi dengan seramai 589 murid dan kini mempunyai lebih 1000 murid. SK Asyakirin terus membangun dan kejayaan demi kejayaan dimiliki melalui akademik dan kokurikulum sekolah dari masa ke semasa. Sekolah ini juga dengan motto “Budaya Cemerlang Berkualiti” terus melangkah ke hadapan dan bilangan tenaga pengajar serta staf dan juga murid semakin hari semakin bertambah. Sekolah ini dipimpin oleh Cikgu Hapsah Bt Hj Ahmad (2005-2008), Cikgu Senusi B. Hj Shahrani (2008-2015) dan Cikgu Abang Zainal Abidin bin Abang Zaini (2015-kini).

Printfriendly