Sunday 17 November 2013

Keputusan UPSR SK Asyakirin 2013


Murid cemerlang UPSR bersama ibu bapa
 Detik yang dinanti-nanti akhirnya tiba pada 14 November 2013, yang juga merupakan hari Majlis Anugerah Cemerlang ke-9 SK Asyakirin 2013.  Majlis Anugerah Cemerlang telah bermula tepat pada jam 8 pagi dengan ketibaan tetamu kehormat iaitu Yang Dipertua PIBG  diiringi oleh Guru Besar dan Penolong Kanan SK Asyakirin. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar yang diikuti oleh ucapan perasmian daripada YDP PIBG.  Dalam ucapan perasmian, YDP telah mengumumkan satu anugerah khas tokoh ibu bapa tokoh yang pertama kali diperkenalkan pada tahun ini. 


Tokoh ibu bapa contoh bagi tahun 2013 ialah En. Shahran bin Napi. Pemilihan beliau berdasarkan sumbangan bakti tak ternilai yang telah diberikan kepada pihak sekolah. Selama berminggu-minggu, beliau telah datang ke sekolah bersama-sama anak-anaknya untuk menyelenggara satu demi satu tandas sehingga semua tandas selesai diselenggara. Pemilihan beliau diharap dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa supaya bersama-sama PIBG membantu sekolah dalam apa cara sekali pun kerana semua bantuan pastinya akan menguntungkan anak mereka masing-masing di sekolah.

Majlis kemudian diteruskan dengan pelancaran laman blog rasmi PIBG SK Asyakirin yang disempurnakan oleh Guru Besar. Selepas pelancaran tersebut, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelbagai anugerah akademik murid SK Asyakirin. Setelah tamat penyampaian hadiah, Guru Besar telah naik ke pentas untuk mengumumkan keputusan UPSR 2013.

Pada tahun ini, seramai 7 murid telah mendapat keputusan cemerlang iaitu 5A manakala 7 murid turut mendapat keputusan 4A (dan 1B). Secara keseluruhan, pencapaian UPSR tahun telah menurun berbanding dengan tahun 2012.  Bilangan murid yang mendapat 5A pada tahun 2012 adalah seramai 10 murid manakala tahun ini adalah 7 murid sahaja. Manakala peratus murid yang lulus penuh pada tahun 2012 adalah 71.57% manakala pada tahun ini adalah 66.13.  Senarai pelajar yang mendapat 5A adalah seperti berikut:

1) Abang Shahjahan bin Abang Mahmud
2) Aina Maisarah binti Mohammad Mahathir Shahiddin  
3) Anis Mastura binti Zaaba
4) Mohamad Jazli Aiman bin Johan
5) Vanessa Elle Lyenouq ak Saying
6) Vanessa Eyiah ak Nyimbong
7) Vivian Michelle ak Jelma

PIBG ingin mengucapkan tahniah kepada murid cemerlang UPSR 2013 dan juga kepada semua murid yang telah menerima anugerah kecemerlangan akademik tahun 2013.  PIBG turut merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada guru-guru tahun 6 dan sekolah secara keseluruhan kerana telah memberi khidmat untuk kejayaan murid.

PIBG berharap pihak sekolah akan meningkatkan lagi usaha untuk mencapai kecemerlangan akademik yang lebih baik pada tahun 2014. PIBG berharap ibu bapa memberi sokongan penuh kepada usaha-usaha pihak sekolah dalam meningkatkan kemajuan anak murid.  Sekalung tahniah turut ditujukan kepada AJK pengelola yang menjalankan majlis dengan begitu baik dan teratur.   

Catatan YDP

Saturday 9 November 2013

Pemberitahuan: Keputusan Penempatan Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1 2014

Keputusan permohonan murid tahun 6 ke tingkatan 1 tahun 2014 kini sudah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Berikut adalah keputusan tersebut untuk rujukan ibu bapa. Maklumat ini boleh dilihat di papan kenyataan SK Asyakirin.


Tuesday 5 November 2013

Lawatan Penanda Aras Kecemerlangan PIBG ke SK Kidurong 1

Satu lawatan penanda aras kecemerlangan PIBG telah diatur dan dijalankan di SK Kidurong 1 Bintulu pada 04 November 2013. Lawatan ini diwakili oleh En. Johan bin Ismail (YDP), Cik Nurhafizah (Setiausaha Kehormat) dan Encik Sylvester (Ketua Biro Maklumat KSIB). Lawatan bertujuan untuk melihat dan menimba ilmu mengenai pengurusan sebuah PIBG cemerlang. Lawatan kami yang bermula jam 2.15 pm telah berlangsung selama 2 jam bersama pengurusan PIBG SK Kidurong 1.  

Rombongan disambut oleh Guru Besar SK Kiduring 1
Rombongan kami disambut oleh Pn Caroline iaitu Guru Besar SK Kidurong 1 dan perjumpaan turut disertai oleh ahli jawatankuasa guru PIBG berkenaan. Rombongan kami dibawa ke Bilik Gerakan PIBG yang dihias dengan begitu indah dan disusun rapi kesemua fail PIBG untuk rujukan penilai dan pelawat. Bilik Gerakan turut dilengkapi dengan tempat duduk yang selesa untuk menyambut ibubapa yang datang melawat, berbincang dan melaksanakan tugas.  
SK Kidurong 1 menyediakan ruang kepada kemudahan urusan PIBG
Bilik Gerakan PIBG SK Kidurong 1
SK Kidurong merupakan calon PIBG cemerlang yang mewakili negeri Sarawak ke peringkat kebangsaan bagi Kategori Sekolah Rendah. SK Kidurong telah mewakili negeri Sarawak pada tahun 2012 dan kini akan sekali lagi mewakili negeri Sarawak pada tahun 2013.  PIBG SK Asyakirin mengambil inisiatif dan peluang keemasan ini untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama PIBG SK Kidurong 1 sebagai penanda aras sebuah PIBG yang cemerlang. 

YDP sedang berbincang dengan Guru Besar SK Kidruong 1
Setiausaha sedang mendapatkan nasihat pengurusan fail PIBG
SK Kidurong merupakan sekolah yang agak tua, kecil dan kurang kemudahan. Sekolah yang mempunyai lebih kurang 1400 anak murid (2 sesi) berkenaan tidak mempunyai dewan utama, bilik mesyuarat ataupun padang sukan sendiri namun, tekat dan usaha SK Kidurong dapat meningkatkan prestasi sekolah serta PIBGnya. Berkat sokongan daripada ibu bapa dan semangat kerja guru sekolah, SK Kidurong berjaya mendapatkan banyak dana untuk membaiki dan meningkatkan kemudahan dan prasarana sekolah. Saya berharap SK Asyakirin yang dikurniakan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan bakat guru, pastinya boleh meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi lagi.  

Fail PIBG disusun kemas dan mudah diakses oleh AJK PIBG
Berdasarkan penilaian semua PIBG di Bintulu baru-baru ini, hanya SK Kidurong 1 sahaja yang menepati semua kriteria dan standard PIBG cemerlang. PIBG SK Asyakirin ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada Puan Caroline yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pengurusan PIBG cemerlang. Segala ilmu dan pengetahuan baru akan diterapkan oleh PIBG SK Asyakirin dengan kerjasama pihak sekolah. Insyallah PIBG SK Asyakirin akan bersedia untuk penilaian tahun 2014.

Catatan YDP

Friday 1 November 2013

Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah

Sarana Ibu Bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta.  Sarana Sekolah merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta.

Satu inisiatif di bawah sarana adalah penubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) yang berperanan sebagai saluran kerjasama dan komunikasi untuk merapatkan hubungan di antara ibu bapa, murid dan sekolah. Melalui KISB lebih banyak interaksi, perkongsian dan percambahan ilmu dapat berlaku demi mewujudkan hubungan yang bermakna antara anda dan anak anda.  Melalui Bengkel Sarana Siri 1 yang telah dianjurkan baru-baru ini, kumpulan perintis KSIB telah ditubuhkan. Klik di SINI untuk melihat struktur KSIB SK Asyakirin. 

PIBG bersama pihak sekolah akan merangka pelbagai program bagi merapatkan hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah disamping meningkatkan penglibatan aktif dan efektif dalam pembangunan akademik, kokurikulum, sahsiah dan kebajikan murid. Sila klik pada "link ini" untuk lebih memahami inisiatif Sarana dan bagaimana peranan sekolah dan sokongan ibu bapa untuk meningkatkan kemajuan murid.

Printfriendly