Thursday 23 January 2014

Makluman: Sekolah Ganti pada Sabtu, 25 Januari 2014

Tarikh Sekolah Ganti
25 Januari 2014 (Sabtu)
Waktu Persekolahan mengikut Jadual Hari Isnin
Masa Balik Tahap 1 12.10 tengahari
Masa Balik Tahap 2 12.40 tengahari

Monday 20 January 2014

Makluman : Cuti Sekolah Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2014

Sumber : http://freenewyearpictures.com/
Tarikh cuti sekolah sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2014 adalah seperti berikut:

Tarikh Cuti : 30 Januari 2014 (Khamis) sehingga 4 Februari 2014 (Selasa)

PIBG mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2014 kepada kepada semua warga SK Asyakirin yang menyambut perayaan tersebut.

Tuesday 14 January 2014

Sambutan Maulidul Rasul SK Asyakirin 14 Januari 2014


Dalam sambutan Maulidul Rasul 2014, PIBG SK Asyakirin telah menyertai kontingen SK Asyakirin yang terdiri daripada murid dan guru. Tahun ini, sambutan Maulidul Rasul dijalankan dalam suasana hari hujan dan mendung sepanjang pagi. Program bermula jam 8.00 pagi dan perarakan kontingen yang terlibat daripada agensi, kelab, persatuan, surau, institut, universiti, sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan bermula sekitar jam 9.00 pagi. Perarakan berlangsung selama lebih kurang 1 jam mengelilingi bandar Bintulu. Di akhir program, semua kontinjen berkumpul kembali untuk majlis penutupan. SK Asyakirin terpilih sebagai Johan Perarakan dan Naib Johan Sepanduk Kategori Sekolah Kebangsaan. Syabas dan tahniah kepada semua murid, guru dan ibu bapa yang turut serta dalam sambutan tahun ini.


 

Monday 13 January 2014

Gotong Royong AJK PIBG 11 Januari 2014

Keadaan banjir pada pagi gotong-royong sekitar 10.30 pagi
Umum mengetahui bahawa jalan hadapan SK Asyakirin sering mengalami banjir setiap kali hujan. Keadaan semakin teruk apabila paras air menutupi pagar utama menyebabkan pelajar terpaksa melintas dalam air banjir menyebabkan kasut sekolah mereka basah.  Pihak PIBG SK Asyakirin telah banyak kali membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab mengenai keadaan ini namun masih belum ada apa-apa tindakan.

En. Shahran dan En. Iskandar Yusop Abdullah @ Roland Arbert
En. Roslan
En. Zaidi
Pada 11 Januari 2014 (Sabtu), beberapa AJK PIBG yang diketuai oleh En. Shahran telah melaksanakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan hadapan sekolah yang sering dilanda banjir.  Dalam aktiviti tersebut, kami telah mendapati bahawa lubang aliran air ke longkang kesemuanya tersumbat oleh sampah, batuan, lumpur dan tumbuhan.  Kami turut mengenalpasti beberapa lubang aliran air ke longkang yang tertimbus dalam tanah. Kesemua keadaan ini menyebabkan aliran air ke longkang perlahan dan menyebabkan air naik secara mendadak.


Menggali untuk mencari outlet longkang
Outlet longkang yang tertimbus sebelum ini
Kebanyakan lubang longkang ini tersumbat
Sampah sarap dan batuan menutupi lubang aliran air
Aktiviti gotong royong diteruskan dengan membersihkan semua lubang longkang yang tersumbat dan berjaya memulihkan aliran air ke longkang utama. Dengan gotong-royong ringkas ini, diharapkan bahawa banjir dapat diatasi. Namun sekiranya banjir masih lagi berlaku, ia tidak seteruk seperti yang biasa berlaku. Alhamdullillah pada pagi Hari Isnin 13 Januari 2014, banjir tidak berlaku di hadapan SK Asyakirin walaupun hujan telah turun awal pagi lagi. Semoga aktiviti yang bermanfaat ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang pada skala dan penyertaan yang lebih besar.

Jalan hadapan SK Asyakirin sekitar jam 12 tengahari
Catatan YDP

Printfriendly