Thursday 20 March 2014

Kutipan Awam Ceriathon PIBG SK Asyakirin 2014


Kepada
Semua Ibu bapa/penjaga dan guru
Sekolah Kebangsaan Asyakirin,
Bintulu

Tuan/Puan,

KUTIPAN AWAM PROGRAM CERIATHON PIBG SK ASYAKIRIN 2014

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa PIBG SK Asyakirin mendapat kebenaran untuk menjalankan aktiviti kutipan awam melalui lesen bernombor PRB/PSL/2013(10) bagi Program Ceriathon. Program Ceriathon dirancang bagi memenuhi keperluan kewangan PIBG dalam menjalankan pelbagai program pendidikan dan pembangunan prasarana serta keceriaan di sekolah ini. 

Sepertimana yang dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Asyakirin kali ke Keenam 2014, dana ceriathon akan digunakan untuk program 3K (Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan) (60%), dana PIBG (20%) dan simpanan tetap PIBG (20%). Sasaran kutipan setiap kad adalah sebanyak RM 30.00. Sasaran keseluruhan kutipan awam Program Ceriathon adalah RM 50,000.00.

Tuan-tuan dan puan-puan dipohon untuk menjalankan aktiviti kutipan awam menggunakan kad Ceriathon dari 20 Mac sehingga 30 April 2014.

Sehubungan dengan itu, kad kutipan bernombor siri akan diedarkan kepada semua ibu bapa dan guru melalui anak masing-masing.  Bersama-sama ini disertakan kad kutipan dan borang maklum balas penerimaan kad kutipan. Tuan-tuan dan puan-puan dipohon agar membaca arahan pada kad dengan teliti dan menjaga keselamatan kad tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Encik Abdul Rahman bin Saibi, Penyelaras Program Ceriathon (HP: 019-8157879). Untuk makluman, tuan/puan boleh merujuk di laman blog pibgskasyakirin.blogspot.com untuk maklumat terkini mengenai Program Ceriathon.

Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama menjayakan kutipan awam ini amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Adalah amat diharapkan supaya program ini mencapai sasaran dan hasilnya dapat memberi manfaat kepada semua warga SK Asyakirin.

Sekian.

“KEPRIHATINAN IBU BAPA DAN GURU MENJAMIN KECEMERLANGAN ANAK-ANAK”

Yang Benar,
(JOHAN BIN ISMAIL)
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Asyakirin, Bintulu

Muat Turun
 

Tuesday 18 March 2014

Program Perkhidmatan Kesihatan Sekolah 2014

Tarikh : 17 Mac 2014
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Asyakirin
Sasaran : Murid-murid Tahun Satu

 Murid-murid diberi suntikan oleh jururawat.
 Murid-murid bersabar menunggu giliran masing-masing
 Jururawat-jururawat yang sedang membuat persiapan sebelum memberi suntikan
Wajah ceria murid-murid yang sudah menerima suntikan. Tak sakit ke?

Pertandingan Bola Jaring MSSR Antara Sekolah Peringkat Bahagian Bintulu 2014

Tarikh : 13 hingga 14 Mac 2014
Tempat : SJK Chung Hua, Tanjung Batu
Jumlah sekolah : 13 buah sekolah
Nama peserta :
1. Siti Nursuffiah  (6D)
2. Prema Nair (6D)
3. Plomenna Ensangi (6D)
4. Abby Jane (6D)
5. Natalie Burai (6D)
6. Gloria Mujan (6D)
7. Angel (6D)
8. Sandra (6D)
9. Gloria Mitchell (6N)
10. Nur Hasnieza (5D)
11. Sylvia Harren (5D)
12. Jeethalia (4D)

Jurulatih: 1)Cikgu Haliza ak Mariu
              2)Cikgu Siti Marliyana Abd. Latip
              3)Cikgu Anavell Diego
              4)Cikgu Sharifah Salmah


Pencapaian: SK Asyakirin lwn SK Sg.Tisang (seri 2-2)
                   SK Asyakirin lwn SK St. Anthony (kalah 0-26)
                   SK Asyakirin lwn SK Agama (menang 10-1)
Keputusan: Keseluruhannya, SK Asyakirin gagal ke peringkat akhir disebabkan lebih banyak bolos.



Semoga guru-guru dan para peserta dapat mencuba yang lebih baik pada tahun depan. Maju SK Asyakirin!

Saturday 15 March 2014

Projek Papan Maklumat Utama Sekolah SK Asyakirin

Papan Maklumat Utama SK Asyakirin

Pada bulan Mac 2014, PIBG SK Asyakirin telah membiayai satu projek membaik pulih dan memasang satu papan maklumat sekolah. Papan maklumat ini dibina dengan konsep yang mudah iaitu bertujuan untuk memberikan maklumat penting sekolah dan PIBG kepada ibu bapa dan boleh digunakan untuk tempoh masa yang lama, di samping menjimatkan bahan cetakan seperti surat, poster dan banner. 
Rekabentuk Sistem Slot
Rekabentuk sistem slot yang mudah tetapi unik membolehkan maklumat boleh ditukar dari masa ke masa tanpa perlu menambah sebarang kos cetakan dan sebagainya. Kos keseluruhan projek ini adalah RM1,515.00 dan PIBG berharap kemudahan ini dapat meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian maklumat kepada ibu bapa sekolah SK Asyakirin. 

Tuesday 11 March 2014

Aktiviti Kokurikulum Sepanjang Bulan MAC 2014



TARIKH
AKTIVITI
PERINGKAT
1.3.14
Pemilihan Bola Baling MSSR Zon Kidurong
Zon Kidurong
4.3.14
Latihan Bicara Irama
Sekolah
6.3.14
Kursus Kejurulatihan Pegawai Pasukan Badan Beruniform Siri 1 (Guru)
Sekolah
8.3.14
Pesta Pantun Sekolah Rendah
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 2
Bintulu
13.3.14
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Tahap 1
Bintulu
15.3.14
Pertandingan ‘Choral Speaking’
Bintulu
14.3.14 & 15.3.14
Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ)
Bintulu
14.3.14 & 15.3.14
Bola Jaring MSS Bahagian Bintulu
Bintulu
14.3.14 & 15.3.14
Sepak Takraw MSS Bahagian Bintulu
Bintulu
14.3.14 & 15.3.14
Badminton MSS Bahagian Bintulu
Bintulu
14.3.14 & 15.3.14
Bola Tampar MSS Bahagian Bintulu
Bintulu
17.3.14 – 18.3.14
Pertandingan Hoki MSS Bahagian Bintulu
Bintulu
19.3.14
Perhimpunan Bulanan Kokurikulum
Sekolah
20.3.14
Pemilihan Pasukan Kawad Kaki Sekolah
Sekolah
20.3.14
Latihan Pasukan Lalulintas Sekolah
Sekolah
21.3.14 & 22.3.14
Bola Sepak Piala Yayasan Sarawak
Bintulu
21.3.14 & 22.3.14
Bola Baling MSS Bahagian Bintulu
Bintulu
21.3.14 & 22.3.14
Bola Keranjang MSS Bahagian Bintulu
Bintulu
1.4.14 – 4.4.14
Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Sekolah
Sekolah

Monday 10 March 2014

Sasaran UPSR Tahun 2014 SK Asyakirin

PIBG SK Asyakirin telah mengadakan satu sesi perbincangan dengan pihak sekolah mengenai sasaran UPSR tahun 2014 pada 27 Februari 2014.  Usaha ini adalah kali pertama diadakan di sekolah ini. Sesi perbincangan ini memberikan peluang bagi PIBG untuk mendengar perancangan sekolah dan bertukar fikiran mengenai perancangan akademik tersebut. 

Perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah:
1) Analisis Pencapaian UPSR 2013
2) Sasaran UPSR 2014
3) Program/Aktiviti Akademik 2014
4) Sokongan PIBG-UPSR tahun 2014

Sesi dimulakan dengan pembentangan oleh Puan Dayang Halimah, Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau menerangkan analisis pencapaian UPSR tahun 2013 dan Sasaran UPSEr 2014 serta program MACS yang merangkumi banyak inisiatif iaitu, Kelas Bimbingan (Isnin dan Selasa), Ujian Pra UPSR mulai bulan Mac sehingga Julai, Program Mentor Mentee, Bengkel Motivasi, Bengkel Kecemerlangan dan termasuk melibatkan ibu bapa tahun 6 secara khusus. 
Sasaran sekolah tahun ini adalah seramai 20 pelajar mencapai 5A dan Gred Purata Sekolah 2.15. Sasaran ini telah dipersetujui bersama PPD Bintulu. Pihak sekolah turut mengenalpasti seramai 20 pelajar harapan yang disasarkan mencapai prestasi cemerlang 5A akhir tahun nanti dan akan dilibatkan dalam program khusus menerusi program MACS yang disebutkan di atas.  Keseluruhan program MACS akan memerlukan sokongan perbelanjaan lebih kurang RM2,500.00.


Dalam sesi soal jawab, pihak ibu bapa bertanya mengenai kekerapan kelas bimbingan yang sekarang sedang diadakan iaitu hanya pada Hari Isnin dan Hari Selasa.  Dan yang keduanya mengenai penglibatan pelajar tahun 6 dalam aktiviti kokurikulum. Pihak sekolah menjelaskan bahawa pada tahun ini, kelas bimbingan hanya akan diadakan pada Hari Isnin dan Hari Selasa. Ini adalah berdasarkan pengalaman mengadakan kelas bimbingan tahun-tahun lepas di mana kehadiran pelajar sangat teruk dan juga penumpuan pelajar pada waktu petang sangat lemah kerana mereka sudah keletihan. Pihak sekolah ingin menumpu pada Hari Isnin dan Hari Selasa manakala hari lain dapat digunakan untuk aktiviti akademik yang berkaitan. Pihak sekolah turut memaklumkan bahawa pelajar tahun 6 masih perlu turut serta dalam aktiviti kokurikulum kerana ia merupakan peluang penting bagi pelajar untuk mendapatkan sijil dan anugerah yang akan membantunya apabila ingin memasuki sekolah berasrama penuh Tingkatan 1. Pihak sekolah memaklumkan bahawa aktivit kokurikukum rancak pada 3 bulan pertama dan akan berkurangan selepas bulan Mac. 

KEHADIRAN 
Pentadbir 
Encik Senusi bin Hj Shahrani                  Penasihat / Guru Besar
Puan Dayang Halimah bt Unus              PK Pentadbiran
Encik Afendi Bin Soon                              PK kokurikulum
Puan Ramiah Arip                                    PK PPKI 

AJK PIBG 
Encik Johan bin Ismail                               Yang Di Pertua PIBG
Cik Nurhafizah Bt Uteh                              Setiausaha Kehormat PIBG
Cik Siti Marliyana Bt Latip                        Naib Setiausaha PIBG
Encik Amirulizan Bin Hamzah                   Naib Bendahari PIBG
Puan Mariammal Karupiah                       AJK PIBG 

Ketua Panitia 
Puan Dayang Noorlida Bt Abg Abdillah   Bahasa Melayu
Puan Monica Pura James Jumin              Bahasa Inggeris
Puan Dygku Siti Nor Asmah                     Matematik
Puan Mamaid Ak. Aban                             Sains 

Guru Tahun 6 
Puan Rajmah Bt Sidi                                  Encik Abd Rahman Bin saibi
Puan Sharifah Salmah                               Encik Mohd Zaidi bin Ismail
Puan Zubaidah Bt Zaini                             Encik Ritchie Ryan Wee Ah Him
Puan Maslinda Bt Wahab                          Puan Nursiah Bt Adenan             
Puan Kwan Wei Kuen                                Puan Haliza Mariu 

Hasil perbincangan, pihak PIBG berpuas hati dengan perancangan pihak sekolah dan komitmen yang ditunjukkan oleh pentadbir dan guru-guru sekolah. PIBG memberikan sokongan penuh atas perancangan program MACS tahun ini. Pencapaian akademik merupakan fokus utama PIBG dan secara dasarnya bersetuju menyokong program MACS dengan perbelanjaan RM2,500.00. PIBG turut akan meneruskan pemberian insentif kepada pelajar cemerlang 5A sebanyak RM100.00 seperti tahun-tahun lepas.

PIBG berharap semua ibu bapa murid tahun 6 memberikan sokongan penuh kepada guru-guru dan pihak sekolah supaya anak murid tahun 6 dapat mencapai prestasi cemerlang UPSR tahun 2014.

Monday 3 March 2014

Majlis Mesra Gong Xi Fa Cai bersama Kelab Lion Bintulu

Tarikh : 6 Februari 2014
Masa : 7.20 pagi hingga 9.50 pagi
Tempat : Ruang legar dan dataran perhimpunan
Agensi luar : Kelab Lion Bintulu

Majlis Mesra Gong Xi Fa Cai merupakan majlis sambutan Tahun Baru Cina yang julung kali diadakan di SK Asyakirin dengan kerjasama Kelab Lion Bintulu. Majlis ini diadakan di bawah program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).

Antara aktiviti yang dijalankan adalah simbolik perasmian (Acara menggaul Yee Sang), persembahan tarian singa, persembahan tarian kebudayaan cina dan pemberian limau dan air kotak kepada warga sekolah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Kelab Lion Bintulu atas sumbangan dan penglibatan dalam menyerikan majlis ini.

Para tetamu dari Kelab Lion Bintulu

Ucapan alu-aluan oleh Encik Senusi (Guru Besar SK Asyakirin)
Ucapan oleh Pengerusi Kelab Lion Bintulu
Simbolik perasmian (menggaul Yee Sang)
 Cenderahati penghargaan daripada pihak sekolah
Persembahan tarian kebudayaan Cina
Persembahan Tarian Singa

Persembahan tarian singa
Sesi bergambar beramai-ramai

Pertandingan Ping Pong Peringkat Bahagian Bintulu 2014

Tarikh : 11 Februari 2014
Masa : 7.30 pagi hingga 2.30 petang
Tempat : Dewan SJK Siong Boon
Jumlah sekolah terlibat : 7 buah
Guru Pengiring : Cikgu Kwan Wei Kuen
                         Cikgu Muhammad Safwan Sobri

Peserta : a) Perseorangan Lelaki
                  - Mohd Hamizan B. Sabli (6 Intan)
                  - Shahrul Annuar B. Shukri (6 Delima)
              b) Beregu Lelaki
                  - Muhd Syafiq B. Asari (6 Intan)
                  - Zulkernain B. Mohd Suffian (6 Mutiara)
              c) Perseorangan Perempuan
                  - Nur Miza Bt. Adi (6 Delima)
                  - Diana Asyura Bt. Abu Bakar (6 Delima)
               d) Beregu Perempuan
                  - Arrina Damia Bt Murtadza (6 Delima)
                  - Maisarah Bt Ibrahim (6 Mutiara)

Pencapaian : a) Kategori lelaki - tempat keenam
                    b) Kategori perempuan - tempat keempat

Tahniah diucapkan kepada para peserta dan semoga terus berusaha untuk pertandingan akan datang. Jutaan penghargaan kepada para guru dan ibu bapa yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang pertandingan ini berlangsung.

Printfriendly