Wednesday 28 January 2015

Jom Berambeh KSIB 4 : Memasang Pintu Baharu Dewan SK Asyakirin

PIBG SK Asyakirin melalui gerakan KSIB telah menjalankan projek pintu Dewan SK Asyakirin pada bulan November 2014. Projek ini merangkumi memesan pintu baharu (tukang pintu) dan memasang pintu baharu (KSIB).  Sebanyak 3 pintu ditukar untuk menggantikan pintu aluminium yang telah rosak menyebabkan  dewan tidak dapat ditutup dan dikunci. Projek ini dijalankan selama dua minggu dan siap sebelum Hari Anugerah Cemerlang SK Asyakirin pada 20 November 2014. Projek keseluruhan yang merangkumi Baik Pulih Sistem Elektrikal dan Menukar Pintu Dewan SK Asyakirin ini dibiayai oleh dana sebanyak RM10,000 yang diderma oleh YB Dato' Sri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu.  PIBG SK Asyakirin merakamkan terima kasih kepada YB Ahli Parlimen Bintulu atas keprihatinan dan senantiasa memberi sumbangan kepada SK Asyakirin setiap tahun.

Monday 5 January 2015

Selamat Menyertai Keluarga SK Asyakirin 2015

PIBG SK Asyakirin mengalu-alukan pendaftaran murid-murid baharu bersama ibu bapa ke SK Asyakirin Bintulu tahun 2015.  Pendaftaran telah dijalankan pada 02 Januari 2015. Satu sesi taklimat telah diadakan untuk ibu bapa murid baharu di Dewan SK Asyakirin. Dalam sesi tersebut, En. Senusi Hj Shahrani, Guru Besar telah menyampaikan kata-kata aluan dan memperkenalkan sekolah kepada para ibu bapa.  En. Johan Ismail, YDP PIBG turut mengambil tempat selepas itu untuk menyampaikan aluan dan memperkenalkan PIBG kepada para ibu bapa. Sesi akhir dikendalikan oleh Puan Farizah binti Hasbi (Penyelaras Program Transisi) yang menerangkan mengenai Program Transisi untuk menyesuaikan murid-murid baharu tahun 1 ke alam persekolahan. Beliau turut menerangkan mengenai program Tandas Ceria yang akan dikendalikan bersama PIBG untuk mempupuk penjagaan tandas supaya bersih dan ceria.

Ibu Bapa murid baharu SK Asyakirin 2015
YDP PIBG memberikan ucapan

Printfriendly