Assalamualaikum warahmatullahi
wabaraktuh..
Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Cemerlang kepada warga SK Asyakirin.
Alhamdulillah, syukur kepada Yang Mulia Bijaksana kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat dipertemukan dalam dunia maya yang bakal mencetuskan satu era baru untuk kecemerlangan SK Asyakirin di samping menjadi media penyampai dan selaku altar bertukar pandangan antara warga SK Asyakirin dan ibu bapa khususnya dan pelajar dunia maya amnya.
Melalui kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan terima kasih kepada PIBG SK Asyakirin atas usaha gigih dan kesungguhan untuk mewujudkan laman web PIBG SK Asyakirin. Inilah yang dinamakan “Dunia Tanpa Sempadan”. PIBG SK Asyakirin telah membantu merealisasikan impian sekolah untuk mempromosikan SK Asyakirin di mata dunia. Ibu bapa dan masyarakat dapat mengenali dan melihat perkembangan pendidikan yang sedang berlaku di sekolah demi meyakinkan semua pihak atas segala usaha warga SK Asyakirin untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.
Selaku Guru Besar di sekolah ini, saya memohon sokongan semua pihak khususnya para guru, ibu bapa dan semua pelajar untuk membangunkan sekolah ini dalam semua bidang. Marilah kita bekerja bersama-sama bagi kecemerlangan dan kegemilangan SK Asyakirin. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada PIBG SK Asyakirin atas segala sumbangan yang diberikan bagi menjayakan pelbagai program yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan di sekolah ini.
Akhir kata, saya ingin memetik bait bicara seorang rakan Guru Besar yang telah saya murnikan untuk renungan bersama.
Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar manusia sempurna,
Banyak yang perlu dikorbankan,
banyak juga yang perlu dilepaskan,
Sesekali langkah tersadung, kita akan rebah menyembah,
tapi jangan mudah mengalah,
Sesekali melangkah gagah,
kita tersenyum megah tapi jangan kita mudah alpa,
Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yang betul,
Usah gusar pada anugerah Tuhan,
Anggaplah dugaan itu satu kemanisan yang akan mematangkan dan mengajar kita
untuk bangun menjadi seorang insan bagi melahirkan seramai mungkin insan.
Kayuh perahu membawa kelapa,
Tersenyum teman melipat kain,
Ayuhlah bersatu para guru dan ibu bapa,
Demi kecemerlangan dan kegemilangan SK Asyakirin
Sekian, wabilaitaufikwalhidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Senusi bin Haji Shahrani