Sunday 13 September 2015

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 SK Asyakirin

Calon-calon UPSR SK Asyakirin khusyuk mendengar tips yang diberikan oleh Cikgu Wee dan Cikgu Dayang Norasmah untuk menjawab soalan


Guru-guru Tahun Enam yang turun bersama-sama memberi sokongan kepada semua calon
YDP PIBG, Encik Johan turut hadir pada hari Khamis (10 Oktober) untuk memberikan kata-kata perangsang kepada calon-calon UPSR

Antara ibu bapa yang hadir untuk menemani anak-anak

Terima kasih diucapkan kepada Encik Johan atas kesudian meluangkan masa bersama calon-calon UPSR SK Asyakirin
UPSR yang telah berlangsung bermula 8 hingga 10 Oktober 2015 telah pun melabuhkan tirainya. Seramai 185 calon yang telah menduduki UPSR di SK Asyakirin. Kini, hanya keputusan yang dinanti-nantikan oleh murid-murid, guru dan ibu bapa. Setiap individu telah memainkan peranannya dan apa jua keputusan nanti perlu diterima dengan hati terbuka. Semoga SK Asyakirin memperoleh keputusan yang lebih baik daripada tahun-tahun lepas. Semoga titipan doa akan berterusan hingga keputusan diperolehi.

Sunday 6 September 2015

PROJEK MEMASANG SILIKON PADA TINGKAP BILIK DARJAH BERSAMA KSIB PIBG 2015

Tarikh : 18 April 2015
Masa  : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik-bilik darjah Tahun Satu hingga Tahun Enam


Taklimat program oleh YDP PIBG, Encik Johan Ismail

Sesi pendaftaran (ibu bapa dan guru)

Encik Johan dibantu bapa murid PPKI sedang menyediakan peralatan untuk aktiviti

Aktiviti memasang silikon pada tingkap

Kaum ibu turut datang membantu


Cikgu Sharifah Salmah bersama ahli KSIB dan ibu bapa
Murid-murid turut tidak melepaskan peluang untuk membantu (3 Intan)


Cikgu Monica di kelas 6 Intan


Encik Johan dan MK, Encik Jabli


Program berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Walaupun begitu, terdapat ibu bapa dan guru yang masih meneruskan pemasangan silikon di kelas-kelas lain. Tahniah kepada KSIB PIBG kerana berjaya menganjurkan program sebegini yang pastinya memberikan manfaat kepada seluruh warga SK Asyakirin terutamanya dalam hal keselamatan. Terima kasih kepada semua yang hadir menyumbang tenaga dan masa demi keselamatan warga SK Asyakiri. Syabas!

Saturday 5 September 2015

JADUAL WAKTU UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH 2015


Semoga semua calon UPSR SK Asyakirin 2015 dapat menghadapinya dengan tabah dan bersungguh-sungguh ketika menjawab soalan. Marilah kita bersama-sama mendoakan kejayaan calon-calon UPSR SK Asyakirin. Semoga prestasi pada tahun 2015 akan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Printfriendly