Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kunjungan anda ke laman blog rasmi PIBG SK Asyakirin. Laman blog ini diwujudkan untuk merapatkan jurang komunikasi antara pihak ibu bapa dengan AJK PIBG dan pihak sekolah. Saya
berharap laman blog ini dimanfaatkan oleh semua pihak terutama ibu bapa
bagi mendapatkan maklumat berkaitan sekolah, memberi cadangan, membuat
aduan, dan bagi pihak sekolah untuk menyampaikan maklumat berkenaan
aktiviti yang akan dan sedang dijalankan di sekolah.
Di samping itu, saya akan turut menulis dan berkongsi pengalaman dan buah fikiran saya dalam saya menjalankan tugas saya dalam aktiviti PIBG. Semoga setiap perkongsian saya dapat menambah ketelusan persatuan dan meningkatkan kesefahaman dengan ibu bapa. Dari masa ke masa saya akan turut menjemput Guru Besar untuk berkongsi buah fikiran, nasihat dan perancangan program bagi pihak sekolah.
Akhir kata, semua kemudahan ini diwujudkan untuk mengeratkan hubungan, kerjasama dan komunikasi antara semua pemegang taruh SK Asyakirin iaitu ibu bapa, PIBG dan pihak sekolah. Kami ingin mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif dan meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti PIBG, justeru itu kami percaya SK Asyakirin dapat meningkat dengan tahap yang lebih tinggi.
Ikhlas
Johan bin Ismail