Thursday 27 November 2014

Keputusan UPSR SK Asyakirin 2014

Pada 26 November 2014, keputusan UPSR 2014 yang ditunggu-tunggu oleh semua murid, ibu bapa dan guru akhirnya diumumkan. Seperti tahun 2013, seramai 7 murid mencapai keputusan gemilang 5A dan peningkatan ketara adalah seramai 14 murid mencapai keputusan cemerlang 4A dan 1B (Berbanding 7 murid tahun 2013). 

Murid Gemilang 5A bersama Ibu Bapa
Murid Cemerlang 4A 1B bersama Ibu Bapa
Dalam satu upacara ringkas pagi 26 November 2014, PIBG SK Asyakirin telah menghadiahkan kesemua 21 murid tersebut sijil penghargaan dan hadiah wang tunai (RM 100 : 5A) dan (RM 50 : 4A). Gred Purata Sekolah telah meningkat sebanyak 0.05 mata pada tahun 2014 kepada 2.48 berbanding 2.53 (2013).  
Murid Gemilang 5A UPSR
Murid Cemerlang 4A 1B

PIBG SK Asyakirin mengucapkan tahniah kepada semua murid, ibu bapa dan guru SK Asyakirin yang bersama-sama memastikan kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran. PIBG berharap usaha guru lebih gigih lagi dan sokongan lebih padu daripada ibu bapa untuk tahun berikutnya untuk memastikan peningkatan prestasi akademik secara gemilang 2015.

Thursday 20 November 2014

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG DAN ANUGERAH KOKURIKULUM 2014

Tarikh : 20 November 2014
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Utama, SK Asyakirin
Masa : 7.20 pagi hingga 11.30 pagi

Aturcara majlis:

7.20 pagi : Pendaftaran penerima anugerah
8.00 pagi : Ketibaan ibu bapa
8.20 pagi : Ketibaan Guru Besar, YDP PIBG, Penolong-penolong Kanan, Exco PIBG
9.00 pagi : Ketibaan tetamu kehormat
                 Nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku
                 Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar
                 Ucapan perasmian oleh Tetamu Kehormat

                 Slot Pertama:
                 Anugerah Akademik
                 Persembahan
                 Slot Kedua:
                 Anugerah Kokurikulum dan Sukan
                 Persembahan
                 Slot Ketiga:
                 Anugerah-anugerah Khas
                 1. Akademik
                 2. Kokurikulum
                 3. Keseluruhan

                 Penyampaian cenderamata
11.30 pagi : Bersurai

Friday 14 November 2014

Projek Baik Pulih Sistem Elektrikal Dewan SK Asyakirin

Selama lebih setahun sejak kerosakan sistem elektrikal dan litar pintas menyebabkan Dewan SK Asyakirin tidak dapat digunakan untuk aktiviti rasmi sekolah. Sejak itu, semua aktiviti sekolah dijalankan di ruang legar sehingga kini. Lawatan untuk meninjau masalah di dewan SK Asyakirin telah dilakukan oleh En. Zaidi Noor bin Abu Nasir yang mewakili Ahli Parlimen Bintulu, diiringi oleh En. Abdul Mu'in bin Haji Abdul Kassim, PPD Bintulu sewakti Sambutan Hari Ceriaton 10 Mei 2014.  
Tinjauan En. Zaidi Noor dan En. Abdul Mu'in diiringi oleh En. Senusi, En. Afendi dan En. Johan ke Dewan Sekolah ketika sambutan Hari Ceriaton 10 Mei 2014
Syukur Alhamdullillah pada bulan September 2014, PIBG telah menderima sumbangan derma daripada YB Dato' Sri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu sejumlah RM 10,000 ribu untuk membaik pulih dewan sekolah. Sehubungan dengan itu, PIBG telah melaksanakan kerja baik pulih sistem elektrikal dalam bulan Oktober 2014. Dewan ini dijangka akan digunakan untuk Hari Anugerah Cemerlang SK Asyakirin pada 20 November 2014. PIBG mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih dan penghargaan atas sumbangan Dato Sri' yang senantiasa prihatin dan menghulurkan bantuan kewangan kepada pihak kami setiap tahun.

Dewan SK Asyakirin setelah dibaik pulih
Tandas belakang dewan turut bercahaya

Thursday 13 November 2014

Projek Naik Taraf Keselesaan Ruang Makan PPKI


Setiap hari, murid-murid PPKI sering mengalami kesulitan semasa waktu rehat mereka iaitu ruang makan panas kerana disinari oleh cahaya matahari yang terik dan tiada tempat perlindungan. Pada tahun ini, PIBG telah menyumbang dana sebanyak RM 1600 untuk membuat bumbung zink dan memasang satu unit kipas di ruang makan tersebut. Di samping itu, PIBG turut mendapat sumbangan derma 2 langsir daripada Syarikat Modern Lighting dan Curtain Trading Company Bintulu. Kini murid PPKI dapat menikmati keselesaan dan ruang PPKI menjadi tempat berkumpul dan perbincangan yang selsesa untuk ibu bapa.

Projek Memasang Bumbung
Pemasangan Langsir Sumbangan Derma
Keadaan yang lebih selsesa kepada murid PPKI sekarang
Perbincangan KSIB di Ruang Makan PPKI pada 25 Oktober 2014

Tuesday 11 November 2014

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM PERINGKAT BAHAGIAN BINTULU

Tarikh : 12 November 2014
Hari : Rabu
Tempat : Dataran perhimpunan, SK Asyakirin
Peserta : Sekolah-sekolah rendah dan sekolah-sekolah menengah di bahagian Bintulu

Projek Atasi Banjir di Laluan Berbumbung SK Asyakirin

Sejak 2014, semua murid SK Asyakirin sudah menggunakan laluan berbumbung untuk memasuki dan meninggalkan sekolah. Namun pada awal 2014, satu kawasan laluan tersebut sering dinaiki air menyebabkan kesusahan kepada murid untuk melaluinya. Melalui dana Ceriathon, PIBG telah menyumbang dana RM 3,800.00 untuk projek menaik taraf laluan tersebut. Hasilnya murid kini tidak lagi menghadapi masalah lalauan dinaiki air dan selesa dalam perjalanan ke sekolah.

Sebelum Projek
Setelah projek siap

Monday 10 November 2014

Jom Berambeh KSIB 3: Melupus buku teks dan melukis mural SPBT

KSIB SKA telah mengadakan Jom Berambeh KSIB 3 pada Sabtu 08 November 2014, 8.30-11.30 pagi bertempat di SK Asyakirin. Program kali adalah untuk membantu Bahagian Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Cikgu Zaidi untuk melupus buku-buku teks lama dan juga melukis mural dinding SPBT yang baharu. Program kali ini diselaras oleh Puan Dewi Laila dan Puan Mariammal. 

Mengecat dinding pada 7 November 2014
Mdm Kong melukis mural
Program melukis mural telah bermula pada 07 November 2014 dimana proses mengecat dinding telah berlangsung. Aktiviti ini dijalankan oleh Cikgu Zaidi, Cikgu Moris, Cikgu Rafiedhan, Puan Dewi dan Puan Mariammal. Proses melukis dan mengecat mural akan dilaksanakan oleh Madam Kong, seorang pakar seni dari Global Art & Creative Sdn Bhd Bintulu. Beliau sudi memberi khidmat amal kepada SK Asyakirin melalui usaha Puan Mariammal. PIBG SK Asyakirin mengucapkan terima kasih dan penghargaan ke atas sumbangan beliau.

  
 
Ibu bapa bersama longokkan buku teks lama
 
Cikgu Zaidi terkejut dengan kehadiran begitu ramai ibu bapa membantu beliau
Program KSIB kali ini menarik ramai ibu bapa untuk hadir membantu dalam aktiviti pelupusan buku teks lama. Seramai 25 ibu bapa berkorban masa dan keringat telah hadir bersama-sama membantu guru untuk sama-sama melaksanakan kerja tersebut. Terdapat ibu bapa yang membawa keluarga sekali dalam aktiviti tersebut menunjukkan semangat yang cukup tinggi. Aktiviti ini dijayakan melalui sumbangan ikhlas ibu bapa melalui KSIB.

YDP memberi taklimat kepada ibu bapa jemputan
YDP memberi cenderamata kepada Mdm Kong
Pada masa yang sama, taklimat KSIB juga berlangsung di Bilik Mesyuarat SK Asyakirin. Taklimat kali kedua ini dikendalikan oleh YDP berjaya menarik kehadiran 15 ibu bapa prihatin. Selesai taklimat kepada ibu bapa, YDP menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Mdm Kong atas sumbangan beliau dan semua hadirin telah dijemput untuk menyertai KSIB dalam urusan pelupusan.

Keseronokan, kemesraan dan kepuasan ibu bapa adalah hadiah paling berharga dibawa pulang
Hasil Jom Berambeh KSIB 3
Hasil kerjasama yang hebat dari semua ibu bapa dan guru, SEMUA buku teks dalam bilik stor SPBT berjaya dilupuskan pada hari tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua ibu bapa yang sudi hadir menghulurkan bakti kepada sekolah. Saya sekali ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga pada aktiviti seterusnya, lebih ramai lagi ibu bapa akan turut serta.

Ikhlaskan Hati Hulurkan Bakti

Sunday 9 November 2014

YDP berkongsi ilmu dalam Bengkel Pemantapan Pengurusan PIBG bagi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Peringkat daerah Bintulu 2014 di Bawah Anjakan 9 PPPM 2013-2025

Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu telah mengadakan Bengkel Pemantapan Pengurusan PIBG bagi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Peringkat daerah Bintulu 2014 di Bawah Anjakan 9 PPPM 2013-2025. Bengkel tersebut telah diadakan pada 3 November 2014 (Isnin), 8.00 pagi - 1.00 tengahari, bertempat di Bilik Seminar SMK Bintulu.   

Peserta bengkel
Dalam bengkel tersebut, semua PIBG sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan dijemput hadir untuk sesi perkongsian daripada Jurulatih Utama Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah Daerah Bintulu (JU) dan Pegawai Meja Sarana PPD Bintulu. Bengkel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu yang diperolehi daripada penyertaan JU dan Pegawai Meja ke Bengkel Jurulatih Utama yang diadakan di Miri pada 15-17 Oktober 2014.

En Muhammad Asree
En. Johan bin Ismail
Ceramah yang disampaikan adalah seperti berikut:

Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah
En. Rozalani bin Haji Raini, Pegawai Meja Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah PPD

Peranan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)
Cikgu Muhammad Asree b. Abdul Aziz, PIBG SMK Bintulu
Jurulatih Utama Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah

Amalan Terbaik PIBG/KSIB
En. Johan b. Ismail, YDP SK Asyakirin
Jurulatih Utama Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah

Perbincangan dalam Kumpulan
Peserta membentang hasil perbincangan
Hasil perbincangan beberapa kumpulan
Di akhir bengkel, satu sesi perbincangan dalam kumpulan diadakan dan peserta bertukar idea dan pandangan. Hasilnya, peserta yang terpilih telah tampil untuk berkongsi hasil perbincangan. Banyak idea yang bagus dilontarkan untuk PIBG mengerakkan KSIB masing-masing. Di samping itu, satu kumpulan telegram telah diwujudkan untuk menjaringkan semua PIBG daerah Bintulu untuk berkongsi maklumat dan program KSIB masing-masing.

Catatan YDP

Printfriendly