Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu telah mengadakan Bengkel Pemantapan Pengurusan PIBG bagi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) Peringkat daerah Bintulu 2014 di Bawah Anjakan 9 PPPM 2013-2025. Bengkel
tersebut telah diadakan pada 3 November 2014 (Isnin), 8.00 pagi - 1.00
tengahari, bertempat di Bilik Seminar SMK Bintulu.
Peserta bengkel |
Dalam bengkel tersebut, semua PIBG sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan dijemput hadir untuk sesi perkongsian daripada Jurulatih Utama Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah Daerah Bintulu (JU) dan Pegawai Meja Sarana PPD Bintulu. Bengkel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu yang diperolehi daripada penyertaan JU dan Pegawai Meja ke Bengkel Jurulatih Utama yang diadakan di Miri pada 15-17 Oktober 2014.
En Muhammad Asree |
En. Johan bin Ismail |
Ceramah yang disampaikan adalah seperti berikut:
Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah
En. Rozalani bin Haji Raini, Pegawai Meja Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah PPD
Peranan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)
Cikgu Muhammad Asree b. Abdul Aziz, PIBG SMK Bintulu
Jurulatih Utama Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah
Amalan Terbaik PIBG/KSIB
En. Johan b. Ismail, YDP SK Asyakirin
Jurulatih Utama Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah
Perbincangan dalam Kumpulan |
Peserta membentang hasil perbincangan |
Hasil perbincangan beberapa kumpulan |
Di akhir bengkel, satu sesi perbincangan dalam kumpulan diadakan dan peserta bertukar idea dan pandangan. Hasilnya, peserta yang terpilih telah tampil untuk berkongsi hasil perbincangan. Banyak idea yang bagus dilontarkan untuk PIBG mengerakkan KSIB masing-masing. Di samping itu, satu kumpulan telegram telah diwujudkan untuk menjaringkan semua PIBG daerah Bintulu untuk berkongsi maklumat dan program KSIB masing-masing.
Catatan YDP