Tuesday 30 December 2014

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK ASYAKIRIN KALI KE-8 2014

Tarikh : 22 dan 23 Oktober 2014
Hari : Rabu dan Khamis
Masa : 7.00 pagi hingga 5.30 petang (Rabu)
           7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Khamis)
Tempat : Stadium Bintulu
Rumah Sukan : Perdana, Satria, Waja dan Wira

Johan perbarisan kategori unit beruniform (Pengakap)
Naib johan perbarisan unit beruniform (Bulan Sabit Merah Malaysia)
Tunas Kadet Remaja Sekolah
Tunas Pandu Puteri Malaysia
Puteri Islam
Johan perbarisan rumah sukan (Satria)
Naib johan perbarisan rumah sukan dan maskot terbaik, Sang Bedal (Perdana)
Perbarisan rumah sukan Waja
Perbarisan rumah sukan Wira
Upacara simbolik perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-8 SK Asyakirin
Syarikat 100 Plus yang menaja minuman isotonik pada hari pertama kejohanan
Cikgu Mamaid dan Cikgu Rafeah dibantu ahli-ahli BSMM semasa merawat murid yang terseliuh
Olahragawan dan Olahragawati bersama Encik Johan (YDP PIBG) dan para pentadbir SK Asyakirin
Penyampaian cenderahati kepada Encik Johan (YDP PIBG) daripada Guru Besar atas perasmian penutup kejohanan
Acara 100 meter (Ibu bapa dan guru)
Penyampaian hadiah (pingat) kepada para pemenang oleh Guru Besar
Penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan
Acara sukaneka Tahap Satu (Leret bola dengan gelung rotan)
Encik Mohd Nazir (baju kuning), wakil ibu bapa yang turut membantu pihak sekolah menjayakan sukan tahunan
Para ibu yang mengambil bahagian dalam acara 100 meter sebagai sokongan kepada pihak sekolah
Acara sukaneka Tahap Satu
Acara sukaneka Tahap Satu (Bawa pundi kacang atas kepala)
Khemah pendaftaran peserta-peserta yang terlibat dalam kejohanan

 Sekalung penghargaan diucapkan kepada seluruh warga SK Asyakirin, PIBG SK Asyakirin, ibu bapa serta tetamu yang hadir dalam membantu dan menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SK Asyakirin Kali Ke-8 2014. Semoga penglibatan dan kerjasama ini akan diteruskan bagi aktiviti-aktiviti sekolah yang lain pada masa akan datang. Sebarang cadangan atau kritikan boleh disuarakan kepada PIBG atau pihak sekolah sendiri bagi menambaik kejohanan sukan pada tahun seterusnya. Terima kasih!



Thursday 11 December 2014

CUTI AKHIR TAHUN 2014 DAN HARI PENDAFTARAN PERSEKOLAHAN 2015

Untuk makluman semua, cuti akhir tahun persekolahan bagi sesi 2014 adalah bermula 22 November 2014 hingga 4 Januari 2015. Sesi persekolahan 2015 akan bermula pada 5 Januari 2015 (Isnin).

Walau bagaimanapun, sesi pendaftaran persekolahan sesi 2015 akan bermula pada 2 Januari 2015 (Jumaat) pada jam 7.30 pagi. Bagi murid-murid tahun 2 hingga tahun 6, pendaftaran dijalankan di kelas masing-masing, manakala bagi tahun 1, ibu bapa dan murid-murid akan menghadiri sesi taklimat tentang Program Transisi Tahun Satu yang akan dijalankan di dewan utama.

Selamat bercuti dan luangkanlah masa lapang ini dengan aktiviti yang bermanfaat! 

Printfriendly