Thursday 11 December 2014

CUTI AKHIR TAHUN 2014 DAN HARI PENDAFTARAN PERSEKOLAHAN 2015

Untuk makluman semua, cuti akhir tahun persekolahan bagi sesi 2014 adalah bermula 22 November 2014 hingga 4 Januari 2015. Sesi persekolahan 2015 akan bermula pada 5 Januari 2015 (Isnin).

Walau bagaimanapun, sesi pendaftaran persekolahan sesi 2015 akan bermula pada 2 Januari 2015 (Jumaat) pada jam 7.30 pagi. Bagi murid-murid tahun 2 hingga tahun 6, pendaftaran dijalankan di kelas masing-masing, manakala bagi tahun 1, ibu bapa dan murid-murid akan menghadiri sesi taklimat tentang Program Transisi Tahun Satu yang akan dijalankan di dewan utama.

Selamat bercuti dan luangkanlah masa lapang ini dengan aktiviti yang bermanfaat! 

Printfriendly