Monday 15 September 2014

PIBG Menyumbang 100 Unit Kerusi Plastik ke SK Asyakirin


Telah berlarutan sejak 2013, SK Asyakirin Bintulu mengalami kekurangan kerusi untuk murid kerana kerap berlaku kerosakan kerusi kayu. Untuk mengurangkan masalah tersebut kepada murid, PIBG telah meluluskan dana untuk membeli sebanyak 100 unit kerusi plastik.  Pada 12 September 2014, SK Asyakirin Bintulu telah menerima sebanyak 100 unit kerusi plastik tersebut. PIBG berharap sumbangan ini diguna pakai sebaiknya oleh pihak sekolah.

Friday 5 September 2014

Jemputan ke Program Mohon Restu Pelajar-Pelajar yang Menduduki UPSR Peringkat Daerah Bintulu Tahun 2014

Dengan sukacita dimaklumkan dan dijemput semua calon UPSR untuk hadir bersama ibu bapa masing-masing ke Program Mohon Restu yang akan diadakan serentak pada:

Tarikh    : 6 September 2014
Hari        : Sabtu
Masa      : 9.30 pagi
Tempat  : Masjid Asyakirin (Muslim)
                  Gereja St. Anthony (Kristian)
                  Dewan SJK Sebiew (Buddhist)
Tema     :  Bintulu Pray

PPD Bintulu

Printfriendly