Telah
berlarutan sejak 2013, SK Asyakirin Bintulu mengalami kekurangan kerusi untuk murid
kerana kerap berlaku kerosakan kerusi kayu. Untuk mengurangkan masalah tersebut
kepada murid, PIBG telah meluluskan dana untuk membeli sebanyak 100
unit kerusi plastik. Pada 12 September 2014, SK Asyakirin Bintulu telah menerima sebanyak 100 unit kerusi plastik tersebut. PIBG berharap sumbangan ini diguna pakai sebaiknya oleh pihak sekolah.