Peserta Program Transformasi Daerah Siri 5 |
Pada Hari Sabtu, 11 Oktober 2014, Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu (PPD) telah mengadakan program DTP Siri 5 di Dewan Auditorium BDA, Wisma Bintulu. Program ini bertemakan : Transformasi Permuafakatan PIBG, Komuniti dan Sekolah Peringkat Bahagian Bintulu. Program ini dihadiri lebih kurang 300 peserta jemputan yang terdiri daripada pengetua/guru besar, PIBG, ketua masyarakat, serta agensi kerajaan daerah Bintulu. Program disempurnakan oleh Y. Brs. En. Zaidi Noor bin Abu Nasir yang mewakili YB Dato' Sri Tiong King Sing Ahli Parlimen Bintulu.
Peserta mendengar ceramah |
Dari Kiri : Cikgu Freda, En. Johan, Cikgu Abdul Muin, Cikgu Ananthan, En. Leong |
Berikut adalah susunan penceramah pada program tersebut.
Slot 1 Ucapan aluan
Cikgu Abdul Muin bin Haji Abdul Kassim
Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu
Slot 2 Ceramah Perkongsian Pengalaman Peribadi
Encik A.D. Leong
Slot 3 Peranan Pengurusan Sekolah bersama PIBG dan Komuniti dalam Menjayakan DTP
Cikgu Ananthan A/L Subramaniam
Pengetua SMK Bintulu
Slot 4 Peranan PIBG dan Komuniti dalam Menjayakan DTP
Encik Johan bin Ismail
YDP SK Asyakirin Bintulu
Sesi Ceramah oleh YDP SK Asyakirin Bintulu |
Penyampaian cenderhati kepada tetamu kehormat dan penceramah |
Perwakilan PIBG SK Asyakirin Bintulu, Dari kiri : Cikgu Annie, Pn, Dewi, Cikgu Nirhafizah, Cikgu Dayang, Cikgu Senusi, En. Johan, En. Sahran, Cikgu Mohammad Safwan |