Friday 17 October 2014

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK ASYAKIRIN KALI KE-8

 Tarikh  : 22 dan 23 Oktober 2014 (Rabu dan Khamis)

 Masa    : 22 Oktober 2014 (7.00 pagi hingga 4.30 petang)
                23 Oktober 2014 (7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari)

Tempat  : Stadium Bintulu

Untuk makluman, murid-murid diwajibkan hadir pada kedua-dua hari tersebut seperti waktu persekolahan biasa. Bezanya cuma murid-murid tidak lagi perlu ke sekolah, tetapi terus ke Stadium Bintulu. Kehadiran murid adalah WAJIB dan akan diambil rekod kehadiran. Semua ibu bapa dan ahli keluarga dijemput untuk memeriahkan lagi kejohanan sukan ini nanti. Pihak sekolah berharap agar tuan-tuan dan puan-puan dapat memastikan anak-anak memakai pakaian sukan mengikut rumah sukan masing-masing dan pakaian seragam unit beruniform bagi yang terlibat dalam acara perbarisan. Pihak sekolah juga telah mengedarkan surat makluman kepada murid-murid yang telah terpilih untuk mengikuti acara pada hari tersebut. Ibu bapa boleh bertanya kepada anak-anak sama ada mereka menerima surat tersebut atau tidak.

Kepada ibu bapa yang ada bersetuju untuk menyumbang tenaga bagi membantu pihak sekolah mengendalikan kejohanan ini (merujuk kepada borang tinjauan yang diedarkan sebelum ini), pihak sekolah sangat berbesar hati. Tuan-tuan dan puan-puan boleh memaklumkan kepada mana-mana guru atau urusetia yang terlibat. Akhir sekali, marilah kita bersama-sama turun pada 22 dan 23 Oktober nanti di Stadium Bintulu bagi memberi sokongan dan memeriahkan kejohanan. Pada masa yang sama, marilah kita menjaga kebersihan dan keselamatan anak-anak jagaan kita. 'Sukan untuk Semua.'

Printfriendly