Selama lebih setahun sejak kerosakan sistem elektrikal dan litar pintas menyebabkan Dewan SK Asyakirin tidak dapat digunakan untuk aktiviti rasmi sekolah. Sejak itu, semua aktiviti sekolah dijalankan di ruang legar sehingga kini. Lawatan untuk meninjau masalah di dewan SK Asyakirin telah dilakukan oleh En. Zaidi Noor bin Abu Nasir yang mewakili Ahli Parlimen Bintulu, diiringi oleh En. Abdul Mu'in bin Haji Abdul Kassim, PPD Bintulu sewakti Sambutan Hari Ceriaton 10 Mei 2014.
|
Tinjauan En. Zaidi Noor dan En. Abdul Mu'in diiringi oleh En. Senusi, En. Afendi dan En. Johan ke Dewan Sekolah ketika sambutan Hari Ceriaton 10 Mei 2014 |
Syukur Alhamdullillah pada bulan September 2014, PIBG telah menderima sumbangan derma daripada YB Dato' Sri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu sejumlah RM 10,000 ribu untuk membaik pulih dewan sekolah. Sehubungan dengan itu, PIBG telah melaksanakan kerja baik pulih sistem elektrikal dalam bulan Oktober 2014. Dewan ini dijangka akan digunakan untuk Hari Anugerah Cemerlang SK Asyakirin pada 20 November 2014. PIBG mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih dan penghargaan atas sumbangan Dato Sri' yang senantiasa prihatin dan menghulurkan bantuan kewangan kepada pihak kami setiap tahun.
|
Dewan SK Asyakirin setelah dibaik pulih |
|
Tandas belakang dewan turut bercahaya |