Thursday, 20 March 2014

Kutipan Awam Ceriathon PIBG SK Asyakirin 2014


Kepada
Semua Ibu bapa/penjaga dan guru
Sekolah Kebangsaan Asyakirin,
Bintulu

Tuan/Puan,

KUTIPAN AWAM PROGRAM CERIATHON PIBG SK ASYAKIRIN 2014

Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa PIBG SK Asyakirin mendapat kebenaran untuk menjalankan aktiviti kutipan awam melalui lesen bernombor PRB/PSL/2013(10) bagi Program Ceriathon. Program Ceriathon dirancang bagi memenuhi keperluan kewangan PIBG dalam menjalankan pelbagai program pendidikan dan pembangunan prasarana serta keceriaan di sekolah ini. 

Sepertimana yang dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Asyakirin kali ke Keenam 2014, dana ceriathon akan digunakan untuk program 3K (Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan) (60%), dana PIBG (20%) dan simpanan tetap PIBG (20%). Sasaran kutipan setiap kad adalah sebanyak RM 30.00. Sasaran keseluruhan kutipan awam Program Ceriathon adalah RM 50,000.00.

Tuan-tuan dan puan-puan dipohon untuk menjalankan aktiviti kutipan awam menggunakan kad Ceriathon dari 20 Mac sehingga 30 April 2014.

Sehubungan dengan itu, kad kutipan bernombor siri akan diedarkan kepada semua ibu bapa dan guru melalui anak masing-masing.  Bersama-sama ini disertakan kad kutipan dan borang maklum balas penerimaan kad kutipan. Tuan-tuan dan puan-puan dipohon agar membaca arahan pada kad dengan teliti dan menjaga keselamatan kad tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Encik Abdul Rahman bin Saibi, Penyelaras Program Ceriathon (HP: 019-8157879). Untuk makluman, tuan/puan boleh merujuk di laman blog pibgskasyakirin.blogspot.com untuk maklumat terkini mengenai Program Ceriathon.

Keprihatinan dan kerjasama pihak tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama menjayakan kutipan awam ini amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Adalah amat diharapkan supaya program ini mencapai sasaran dan hasilnya dapat memberi manfaat kepada semua warga SK Asyakirin.

Sekian.

“KEPRIHATINAN IBU BAPA DAN GURU MENJAMIN KECEMERLANGAN ANAK-ANAK”

Yang Benar,
(JOHAN BIN ISMAIL)
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Asyakirin, Bintulu

Muat Turun
 

Printfriendly