Monday, 10 March 2014

Sasaran UPSR Tahun 2014 SK Asyakirin

PIBG SK Asyakirin telah mengadakan satu sesi perbincangan dengan pihak sekolah mengenai sasaran UPSR tahun 2014 pada 27 Februari 2014.  Usaha ini adalah kali pertama diadakan di sekolah ini. Sesi perbincangan ini memberikan peluang bagi PIBG untuk mendengar perancangan sekolah dan bertukar fikiran mengenai perancangan akademik tersebut. 

Perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah:
1) Analisis Pencapaian UPSR 2013
2) Sasaran UPSR 2014
3) Program/Aktiviti Akademik 2014
4) Sokongan PIBG-UPSR tahun 2014

Sesi dimulakan dengan pembentangan oleh Puan Dayang Halimah, Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau menerangkan analisis pencapaian UPSR tahun 2013 dan Sasaran UPSEr 2014 serta program MACS yang merangkumi banyak inisiatif iaitu, Kelas Bimbingan (Isnin dan Selasa), Ujian Pra UPSR mulai bulan Mac sehingga Julai, Program Mentor Mentee, Bengkel Motivasi, Bengkel Kecemerlangan dan termasuk melibatkan ibu bapa tahun 6 secara khusus. 
Sasaran sekolah tahun ini adalah seramai 20 pelajar mencapai 5A dan Gred Purata Sekolah 2.15. Sasaran ini telah dipersetujui bersama PPD Bintulu. Pihak sekolah turut mengenalpasti seramai 20 pelajar harapan yang disasarkan mencapai prestasi cemerlang 5A akhir tahun nanti dan akan dilibatkan dalam program khusus menerusi program MACS yang disebutkan di atas.  Keseluruhan program MACS akan memerlukan sokongan perbelanjaan lebih kurang RM2,500.00.


Dalam sesi soal jawab, pihak ibu bapa bertanya mengenai kekerapan kelas bimbingan yang sekarang sedang diadakan iaitu hanya pada Hari Isnin dan Hari Selasa.  Dan yang keduanya mengenai penglibatan pelajar tahun 6 dalam aktiviti kokurikulum. Pihak sekolah menjelaskan bahawa pada tahun ini, kelas bimbingan hanya akan diadakan pada Hari Isnin dan Hari Selasa. Ini adalah berdasarkan pengalaman mengadakan kelas bimbingan tahun-tahun lepas di mana kehadiran pelajar sangat teruk dan juga penumpuan pelajar pada waktu petang sangat lemah kerana mereka sudah keletihan. Pihak sekolah ingin menumpu pada Hari Isnin dan Hari Selasa manakala hari lain dapat digunakan untuk aktiviti akademik yang berkaitan. Pihak sekolah turut memaklumkan bahawa pelajar tahun 6 masih perlu turut serta dalam aktiviti kokurikulum kerana ia merupakan peluang penting bagi pelajar untuk mendapatkan sijil dan anugerah yang akan membantunya apabila ingin memasuki sekolah berasrama penuh Tingkatan 1. Pihak sekolah memaklumkan bahawa aktivit kokurikukum rancak pada 3 bulan pertama dan akan berkurangan selepas bulan Mac. 

KEHADIRAN 
Pentadbir 
Encik Senusi bin Hj Shahrani                  Penasihat / Guru Besar
Puan Dayang Halimah bt Unus              PK Pentadbiran
Encik Afendi Bin Soon                              PK kokurikulum
Puan Ramiah Arip                                    PK PPKI 

AJK PIBG 
Encik Johan bin Ismail                               Yang Di Pertua PIBG
Cik Nurhafizah Bt Uteh                              Setiausaha Kehormat PIBG
Cik Siti Marliyana Bt Latip                        Naib Setiausaha PIBG
Encik Amirulizan Bin Hamzah                   Naib Bendahari PIBG
Puan Mariammal Karupiah                       AJK PIBG 

Ketua Panitia 
Puan Dayang Noorlida Bt Abg Abdillah   Bahasa Melayu
Puan Monica Pura James Jumin              Bahasa Inggeris
Puan Dygku Siti Nor Asmah                     Matematik
Puan Mamaid Ak. Aban                             Sains 

Guru Tahun 6 
Puan Rajmah Bt Sidi                                  Encik Abd Rahman Bin saibi
Puan Sharifah Salmah                               Encik Mohd Zaidi bin Ismail
Puan Zubaidah Bt Zaini                             Encik Ritchie Ryan Wee Ah Him
Puan Maslinda Bt Wahab                          Puan Nursiah Bt Adenan             
Puan Kwan Wei Kuen                                Puan Haliza Mariu 

Hasil perbincangan, pihak PIBG berpuas hati dengan perancangan pihak sekolah dan komitmen yang ditunjukkan oleh pentadbir dan guru-guru sekolah. PIBG memberikan sokongan penuh atas perancangan program MACS tahun ini. Pencapaian akademik merupakan fokus utama PIBG dan secara dasarnya bersetuju menyokong program MACS dengan perbelanjaan RM2,500.00. PIBG turut akan meneruskan pemberian insentif kepada pelajar cemerlang 5A sebanyak RM100.00 seperti tahun-tahun lepas.

PIBG berharap semua ibu bapa murid tahun 6 memberikan sokongan penuh kepada guru-guru dan pihak sekolah supaya anak murid tahun 6 dapat mencapai prestasi cemerlang UPSR tahun 2014.

Printfriendly