Satu lawatan penanda aras kecemerlangan PIBG telah diatur dan dijalankan di SK Kidurong 1 Bintulu pada 04 November 2013. Lawatan ini diwakili oleh En. Johan bin Ismail (YDP), Cik Nurhafizah (Setiausaha Kehormat) dan Encik Sylvester (Ketua Biro Maklumat KSIB). Lawatan bertujuan untuk melihat dan menimba ilmu mengenai pengurusan sebuah PIBG cemerlang. Lawatan kami yang bermula jam 2.15 pm telah berlangsung selama 2 jam bersama pengurusan PIBG SK Kidurong 1.
Rombongan disambut oleh Guru Besar SK Kiduring 1 |
Rombongan
kami disambut oleh Pn Caroline iaitu Guru Besar SK Kidurong 1 dan
perjumpaan turut disertai oleh ahli jawatankuasa guru PIBG berkenaan.
Rombongan kami dibawa ke Bilik Gerakan PIBG yang dihias dengan begitu
indah dan disusun rapi kesemua fail PIBG untuk rujukan penilai dan
pelawat. Bilik Gerakan turut dilengkapi dengan tempat duduk yang selesa
untuk menyambut ibubapa yang datang melawat, berbincang dan melaksanakan
tugas.
SK Kidurong 1 menyediakan ruang kepada kemudahan urusan PIBG |
Bilik Gerakan PIBG SK Kidurong 1 |
SK Kidurong merupakan calon PIBG cemerlang yang mewakili negeri Sarawak ke peringkat kebangsaan bagi Kategori Sekolah Rendah. SK Kidurong telah mewakili negeri Sarawak pada tahun 2012 dan kini akan sekali lagi mewakili negeri Sarawak pada tahun 2013. PIBG SK Asyakirin mengambil inisiatif dan peluang keemasan ini untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama PIBG SK Kidurong 1 sebagai penanda aras sebuah PIBG yang cemerlang.
YDP sedang berbincang dengan Guru Besar SK Kidruong 1 |
Setiausaha sedang mendapatkan nasihat pengurusan fail PIBG |
SK Kidurong merupakan sekolah yang agak tua, kecil dan kurang kemudahan. Sekolah yang mempunyai lebih kurang 1400 anak murid (2 sesi) berkenaan tidak mempunyai dewan utama, bilik mesyuarat ataupun padang sukan sendiri namun, tekat dan usaha SK Kidurong dapat meningkatkan prestasi sekolah serta PIBGnya. Berkat sokongan daripada ibu bapa dan semangat kerja guru sekolah, SK Kidurong berjaya mendapatkan banyak dana untuk membaiki dan meningkatkan kemudahan dan prasarana sekolah. Saya berharap SK Asyakirin yang dikurniakan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan bakat guru, pastinya boleh meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi lagi.
Fail PIBG disusun kemas dan mudah diakses oleh AJK PIBG |
Berdasarkan penilaian semua PIBG di Bintulu baru-baru ini, hanya SK Kidurong 1 sahaja yang menepati semua kriteria dan standard PIBG cemerlang. PIBG SK Asyakirin ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada Puan Caroline yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pengurusan PIBG cemerlang. Segala ilmu dan pengetahuan baru akan diterapkan oleh PIBG SK Asyakirin dengan kerjasama pihak sekolah. Insyallah PIBG SK Asyakirin akan bersedia untuk penilaian tahun 2014.
Catatan YDP