Kepada
Semua Ibu bapa/penjaga dan guru
Sekolah Kebangsaan Asyakirin,
Bintulu
Tuan/Puan,
KUTIPAN AWAM PROGRAM CERIATHON PIBG SK
ASYAKIRIN 2014
Saya dengan segala hormatnya merujuk
perkara di atas.
Adalah dimaklumkan bahawa PIBG SK Asyakirin
mendapat kebenaran untuk menjalankan aktiviti kutipan awam melalui lesen
bernombor PRB/PSL/2013(10) bagi
Program Ceriathon. Program Ceriathon dirancang bagi memenuhi
keperluan kewangan PIBG dalam menjalankan pelbagai program pendidikan dan
pembangunan prasarana serta keceriaan di sekolah ini.
Sepertimana yang
dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Asyakirin kali
ke Keenam 2014, dana ceriathon akan digunakan untuk program 3K (Keceriaan,
Kebersihan dan Keselamatan) (60%), dana PIBG (20%) dan simpanan tetap PIBG
(20%). Sasaran kutipan setiap kad adalah sebanyak RM 30.00. Sasaran keseluruhan kutipan awam Program Ceriathon adalah
RM 50,000.00.
Tuan-tuan dan
puan-puan dipohon untuk menjalankan aktiviti kutipan awam menggunakan kad
Ceriathon dari 20 Mac sehingga 30 April
2014.
Sehubungan dengan
itu, kad kutipan bernombor siri akan diedarkan kepada semua ibu bapa dan guru
melalui anak masing-masing. Bersama-sama ini disertakan kad kutipan dan borang
maklum balas penerimaan kad kutipan. Tuan-tuan dan puan-puan dipohon agar
membaca arahan pada kad dengan teliti dan menjaga keselamatan kad tersebut.
Sebarang
pertanyaan boleh diajukan kepada Encik Abdul
Rahman bin Saibi,
Penyelaras Program Ceriathon (HP: 019-8157879). Untuk makluman, tuan/puan boleh merujuk di laman blog pibgskasyakirin.blogspot.com untuk maklumat
terkini mengenai Program Ceriathon.
Keprihatinan dan
kerjasama pihak tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama menjayakan kutipan awam
ini amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Adalah amat
diharapkan supaya program ini mencapai sasaran dan hasilnya dapat memberi
manfaat kepada semua warga SK Asyakirin.
Sekian.
“KEPRIHATINAN IBU BAPA DAN GURU MENJAMIN
KECEMERLANGAN ANAK-ANAK”
Yang Benar,
(JOHAN BIN ISMAIL)
Yang
Dipertua PIBG
Sekolah
Kebangsaan Asyakirin, Bintulu
Muat Turun