Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Terlebih
dahulu saya ingin mengalu-alukan kunjungan anda ke laman web ini.
Laman web ini diwujudkan untuk merapatkan jurang komunikasi antara pihak
ibu bapa dengan AJK PIBG dan pihak sekolah. Saya
berharap laman web ini digunakan oleh semua pihak terutama ibu bapa
bagi mendapatkan maklumat berkaitan sekolah, memberi cadangan, membuat
aduan, dan bagi pihak sekolah untuk menyampaikan maklumat berkenaan
aktiviti yang akan dan sedang dijalankan di sekolah.
Di samping itu, saya akan turut menulis
dan berkongsi pengalaman dan buah fikiran saya dalam saya menjalankan
tugas saya dalam aktiviti PIBG. Semoga setiap perkongsian saya dapat
menambah ketelusan persatuan dan meningkatkan kesefahaman dengan ibu
bapa. Dari masa ke masa saya akan turut menjemput Guru Besar untuk
berkongsi buah fikiran, nasihat dan perancangan program bagi pihak
sekolah.
Akhir kata, semua kemudahan ini diwujudkan untuk mengeratkan hubungan, kerjasama dan komunikasi antara semua pemegang taruh SK Asyakirin iaitu ibu bapa, PIBG dan pihak sekolah. Kami ingin mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif dan meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti PIBG, justeru itu kami percaya SK Asyakirin dapat meningkat dengan tahap yang lebih tinggi.
Ikhlas
Johan bin Ismail