Untuk memastikan kejayaan permohonan, ibu bapa yang layak dipohon mengisi borang permohonan dengan lengkap dan betul disertakan dengan dokumen-dokumen yang sahkan. Kegagalan ibu bapa yang layak memenuhi syarat permohonan boleh menyebabkan permohonan ditolak. Satu lagi mesyuarat akan diadakan pada awal tahun 2014 untuk murid tahun 1.
Latar Belakang KWAPM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa murid yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah dengan harapan berupaya mengurangkan jurang peluang pendidikan di antara bandar dan luar bandar. Adalah menjadi hasrat KPM untuk membasmi murid yang tercicir daripada persekolahan akibat kemiskinan di samping memberikan golongan ini akses pendidikan yang sama rata dalam menjana kecemerlangan negara.
Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai KWAPM, klik SINI.