Tuesday 1 October 2013

Soal Jawab : Perbezaan Rumah Sukan Anak-Anak di SK Asyakirin

PIBG ingin menyampaikan jawapan bagi pihak sekolah satu soalan yang diutarakan oleh ibu bapa kepada pihak sekolah semasa Taklimat Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah tempoh hari. 

Soalan : 
Ibu bapa mempunyai ramai anak di sekolah dan masing-masing dimasukkan ke rumah sukan yang berbeza. Perkara ini menyebabkan ibu bapa terpaksa menghantar dan mengambil anak setiap hari kerana latihan rumah sukan berbeza hari.  Ibu bapa memohon agar pihak sekolah membantu meringankan beban pihak ibu bapa dalam perkara ini dengan menyeragamkan rumah sukan anak?

Jawapan :
Ibu bapa boleh menulis kepada Penolong Kanan Kokurikulum SK Asyakirin untuk memohon penyeragaman rumah sukan anak di sekolah. Ibu bapa perlu menyenaraikan semua anak yang ada di sekolah tersebut untuk memudahkan proses penyeragaman tersebut. 

Harap jawapan ini dapat membantu semua ibu bapa di masa hadapan.

Printfriendly