Peserta Bengkel Sarana Siri 1 SK Asyakirin |
Pada hari Sabtu 26 Oktober 2013, berlangsung satu program bersejarah iaitu Bengkel Sarana Siri 1 anjuran PIBG SK Asyakirin. Program ini membawa bersama ibu bapa, guru, AJK PIBG dan pentadbir sekolah untuk duduk semeja bertukar fikiran dan pandangan untuk memajukan lagi SK Asyakirin. Program bermula dalam pukul 8.40 pagi dengan kata aluan dan penerangan mengenai bengkel oleh En. Johan b. Ismail (YDP) dan disusuli oleh pengenalan diri peserta dan sesi bergambar. Guru Besar En Senusi tidak dapat menghadirkan diri kerana beliau masih berada di Semanjung Malaysia untuk menerima hadiah PPDa Peringkat Kebangsaan di mana SK Asyakirin yang mewakili Negeri Sarawak telah menerima Hadiah Saguhati.
YDP memberi penerangan mengenai perjalanan bengkel |
Ibu Bapa memperkenalkan diri |
Seramai 27 peserta terdiri daripada 14 ibu bapa dan 13 guru termasuk pentadbir yang dijemput khas telah menghadiri bengkel tersebut. Peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil yang membincangkan tiga teras utama SK Asyakirin iaitu:
1) Akademik dan Permuafakatan
2) Sahsiah dan Kokurilulum
3) Kebajikan dan Kemudahan
Sesi perbincangan mempunyai objektif khusus masing-masing dan segala idea dan pandangan berlandaskan tiga prinsip berikut:
1) untuk peningkatan prestasi, kebajikan, kemudahan murid
2) untuk meningkatkan prestasi dan imej sekolah
3) untuk merapatkan huhungan ibu bapa dengan pihak sekolah
Kumpulan A (Akademik dan Permuafakatan) |
Kumpulan B (Sahsiah dan Kokurikulum) |
Kumpulan C (Kebajikan dan Kemudahan) |
Peserta berehat seketika untuk jamuan ringan |
Sesi perbincangan dalam kumpulan berlangsung selama 90 minit di mana ibu bapa terutamanya memberikan idea dan pandangan serta berinteraksi semasa ahli kumpulan. Setelah perbincangan dalam kumpulan, ketua kumpulan membentangkan hasil dan dapatan kepada semua peserta.
Pembentangan Hasil Perbincangan Kumpulan |
Amanat dari Puan Hajah Mordiana dan Penangguhan oleh YDP |
Sebelum tamat program, Puan Hajah Mordiana (Penolong Kanan Pentadbiran) yang mewakili Guru Besar, telah menyampaikan amanat sekolah kepada semua peserta. Dalam ucapannya, beliau amat terharu dengan perbincangan efektif dan positif antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan kesemuanya berlangsung secara profesional dan beretika. Semua teguran dilontar dan dibincangkan secara baik dan pelbagai langkah penyelesaian yang dicadangkan untuk mengatasi masalah atau kelemahan yang dikenalpasti.
Peserta menjadi kumpulan perintis KSIB |
Semua peserta dari kalangan ibu bapa bersetuju untuk membantu sekolah dan akan menjadi kumpulan perintis Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SK Asyakirin (KSIB) iaitu satu inisiatif di bawah program Sarana.
Secara keseluruhan, sebagai program bersejarah, program ini telah berjaya mendekatkan ibu bapa dengan pihak sekolah dalam satu suasana yang amat positif dan efektif. PIBG akan terus menjalankan program ini pada masa hadapan dengan jemputan yang lebih besar. PIBG mengalu-alukan kehadiran ibu bapa yang lebih besar dengan menerima jemputan kami di masa hadapan. YDP menangguhkan bengkel ini pada pukul 1 tengahari.
PIBG akan menerbitkan hasil dapatan Bengel Sarana Siri 1 apabila siap sepenuhnya penulisan laporan berkenaan.
Catatan YDP